Friday, October 1, 2010

hari ini bermulanya....

Salam,

Terdetik hati ini bersama-sama memeriahkan alam maya dengan penulisan melalui blog. semua orang ada blog sendiri untuk menceritakan pelbagai isu yang pada diri masing-masing ada kebaikan yang boleh dikonsi bersama. aku tidak menolak kemungkinan tersebut lantas aku terfikir, mungkin ada sesuatu yang boleh aku kongsikan dalam alam maya ini mengenai pelbagai isu diminda ku ini kurniaan Ilahi.

Melalui blog, sesorang dapat membaca gaya pemikiran, ketinggian ilmu malah kebolehan berbahasa kerana pada fikiranku, apa yang melalui lisan diterjemahkan melalui tulisan. mungkin tulisan pertama kurang jelas dan menarik tetapi aku berharap moga-moga aku dapat memperbaiki kemahiran menulis dan mengasah bakat (kalau ada) untuk meningkatkan nilai yang ada pada diri untuk meneruskan perjalanan diri menuju perhentian yang telah pasti..