merasa kehilangan pada hari ini pabila mendapat khabar dari teman di terengganu, kedah dan kelantan yang menyatakan sahabatku, Mohd Sobri Husain telah kembali kerahmat Allah pada tengah hari 18.11.2010 akibat kesakitan yang dialami hampir sepanjang hidupnya. Pada mulanya aku merasakan berita tersebut tidak benar, sekadar membangkitkan rasa prihatin dikalangan teman-teman seperjuangan tentang keadaan kesihatan beliau. Tapi Tuhanku, Allah SWT Maha Berkuasa keatas makhluk ciptaanNya. entah mengapa, pada diriku terbit rasa bersalah kerana aku merasakan ada sesuatu hutang yang belum langsai antara aku dengan Allahyarham sobri.
Aku cuba mengingati apakah perkara-perkara yang baik aku lakukan terhadapnya, tolong dia dalam kesusahan? bantu dia dalam pelajaran di universiti? menolong beliau untuk program kebajikan universiti? belanja dia makan? cuba memahami masalah kesihatan dia? entah la, aku buntu. aku jadi keliru. mengapa bila sesaorang itu sudah diambil Tuhan, baru aku rasa seolah-olah aku telah berhutang dengan mereka. aku tetap merasakan aku ada buat salah pada shabatku, arwah Sobri.
Aku menerima satu mesej pesanan ringkas menyebut tentang bacaan talqin sedang dibaca selepas arwah selamat dikebumikan (mesej diterima pada jam 1904). putuslah hubungan arwah Sobri dengan kami maka bermulalah perjalanan beliau menuju Yang Maha Esa. Inilah dugaan yang kualami tentang sahabatku, Tuhan Yang Esa telah mengambil sahabatku yang disukai ramai, sentiasa tersenyum, tenang dan manis mukanya. Aku yakin, Tuhan Yang Esa amat menyayanginya diatas kebaikan yang telah ditunjukkan oleh arwah.
aku merenung diriku, apalah ada pada aku. sentiasa lupa, tue sebab Tuhan murka dengan kelakuan, lalu ditimpakan dengan dugaan yang hebat dan akan terus ditimpa dugaan sehingga aku sedar dan tunduk dengan ketentuan Allah, serta kembali kepadaNya. Lagu dr Maher Zain ingatkan kehebatan Allah - Always Be There. ada masalah, tanya Allah, jumpa dengan Dia, adukan masalah pada-Nya dan berusaha dgn nama-Nya dan yakin lah dengan kekuatan-Nya.
Aku berusaha memahami masalah yang kuhadapi, cuba gunakan segala disiplin ilmu yang ada untuk mencari punca, susun permasalahan, letakkan keutamaan dan cuba selesaikan. dan aku yakin semuanya terletak pada tangan ku sendiri. you choose your way.
try your hardest to solve the problem, or minimize the impact that will come. dah lama nak publish tulisan nie, tapi hari nie baru sambung. aku yakin kenyataan bahawa, orang baik2 senang diambil Tuhan. dah banyak contoh yang aku alami sendiri. kawan sekelas masa di beseri 2001-2002, Arwah khairul mutalib meninggal masa belajar di UPSI, accident motor, kawan yang baik. arwah firdian abd rahman, rakan masa matrik melaka 2003-2004 meninggal sebab accident, juga kawan yang baik. arwah farid hasnan, housemate n classmate di uni. malaysia pahang 2004-2008 juga meninggal sebab accident motor, juga kawan yang baik. Tuhan Yang Esa memang sayang mereka sebab mereka berakhlak mulia sama macam arwah Sobri.
apa yang aku boleh lakukan ialah, berusaha jadi baik dengan redha dan ampunan dari Allah kuharapkan... Allahumma ya Muqallibal Qulub, thabbit qulubana 'ala dini wa 'ala tho 'atiq
ayah chik, Labuan FT